Laungan ‘pengkhianat’ bergema sebaik Belanjawan 2021 lulus

0
1
KUALA LUMPUR, 17/07/2019. Economic Affairs Minister Datuk Seri Azmin Ali, speaking to reporter at the lobby parlliment today. Pix by Malay Mail / Hari Anggara.

[PARLIMEN] “KERAJAAN Perikatan Nasional (PN) adalah kerajaan prihatin, saya menyokong usul ini,” kata ketua Penerangan PN, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Mohamed Azmin berkata demikian ketika menyokong usul Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan (Belanjawan) 2021 bacaan kali ketiga di Dewan Rakyat, hari ini.

Kenyataan Azmin itu sekali gus disambut laungan ‘pengkhianat’ daripada Ahli Parlimen blok pembangkang yang tidak berpuas hati dengan Ahli Parlimen Gombak itu.

Bagaimanapun, situasi tengang itu tidak berlarutan selepas Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun segera mengumumkan penangguhan Dewan.

Terdahulu, bacaan kali ketiga Rang Undang-Undang Perbekalan 2021 (Belanjawan 2021) diluluskan dengan undian belah bahagian yang menyaksikan seramai 111 Ahli Parlimen bersetuju manakala 108 tidak bersetuju.

Usul yang dibawakan Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Aziz itu disokong Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Mohamed Azmin.

Undi belah bahagian dilaksanakan susulan usul Ahli Parlimen blok pembangkang yang bangun melebihi 15 orang.

Azhar kemudian mengarahkan undi belah bahagian dilaksanakan tanpa sebarang tempoh masa berikutan undi sama baru saja dijalankan untuk kelulusan Belanjawan 2021 di peringkat jawatankuasa.

Sebaik selesai proses undi belah bahagian dijalankan, Azhar mengumumkan keputusan undi yang mana ia memihak kepada kerajaan apabila mendapat 111 undi sokong, 108 tidak sokong manakala seorang tidak hadir.

Justeru, bacaan kali ketiga Belanjawan 2021 diluluskan walaupun berbekalkan majoriti tiga undi.

Ia sekali gus menyaksikan kerajaan Perikatan Nasional (PN) kekal mentabir negara di sebalik usaha beberapa pemimpin cuba untuk menjatuhkan Perdana Menteri termasuk daripada bekas Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tengku Razaleigh Hamzah. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here