MULAI hari ini, pengguna Lebuhraya Kajang-Seremban (LEKAS) boleh menggunakan teknologi ‘Radio Frequency Identification’ (RFID) di semua plaza tol lebuh raya itu.
Menerusi kenyataan, LEKAS memaklumkan pembayaran tol secara RFID dapat melancarkan aliran trafik di lorong tol.
Ini memandangkan pengguna tidak perlu lagi berhenti menyentuh kad di panel kad Touch ‘n Go dan boleh menggunakannya di semua plaza tol LEKAS sama ada sistem tol terbuka atau tertutup.
Menurutnya, sistem RFID adalah mod pembayaran elektronik terkini yang diperkenalkan di semua lebuh raya sistem tol terbuka pada Januari tahun ini, tambahan kepada cara pembayaran sedia ada kad Touch n’ Go dan SmartTAG.
Ia juga mengingatkan pengguna lebuh raya yang telah mempunyai pelekat RFID agar sentiasa memastikan e-dompet mereka mempunyai baki mencukupi bagi menikmati perjalanan lancar dan selesa.
“Dengan RFID, pengguna dapat membuat transaksi bayaran tol dengan lebih mudah dan selesa, malah tiada kos penyelenggaraan memandangkan pelekat RFID tidak memerlukan bateri. – Malaysiapost

