Da’i Syed dilepas dengan ikat jamin

0
2

BEKAS peserta program realiti keagamaan, Syed Shah Iqmal Syed Mohammad Shaiful dilepaskan dengan ikat jamin di kedua-dua Mahkamah Shah Alam dan Petaling Jaya hari ini.

Perkara itu disahkan peguam belanya, Syed Amirul Syed Edros seperti dilapor Malaysiakini.

“Syed Iqmal dah dibawa ke Mahkamah Petaling Jaya untuk urusan lepas dengan ikat jamin.

“Sekarang tengah tunggu urusan penerangan tugas penjamin,” katanya dengan menambah anak guamnya itu tiba di mahkamah tersebut tengah hari tadi.

Peguam itu juga menjelaskan Syed Syah Iqmal akan tinggal bersama keluarganya di Telok Panglima Garang.

Sebelum ini media melaporkan, Syed Shah Iqmal di dakwa di Mahkamah Majistret dan Mahkamah Sesyen Petaling Jaya atas pertuduhan mencabul dan melakukan seks luar tabii.

Dia juga dihadapkan dengan pertuduhan rogol di Mahkamah Sesyen Shah Alam.

Untuk tuduhan cabul, mahkamah membenarkan Syed Shah Iqmal diikat jamin sebanyak RM5,000 dan bagi pertuduhan seks luar tabii RM20,000 manakala bagi rogol RM10,000.

Selain itu, mahkamah menetapkan syarat tambahan iaitu Syed Shah Iqmal tidak menganggu mangsa. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here