MP BN akan sokong Belanjawan 2021

0
3

AHLI Parlimen Barisan Nasional (BN) akan memegang mandat parti dan ketetapan Majlis Kerja Tertinggi (MKT) dengan menyokong Belanjawan 2021 untuk diluluskan di Dewan Rakyat hari ini.

Setiausaha Agung BN, Tan Sri Annuar Musa, berkata menjadi tanggungjawab Ahli Parlimen BN untuk menyatakan sokongan terhadap perkara itu.

Malah, menurutnya, seseorang Ahli Parlimen itu boleh dipecat jika melanggarinya.

“Kita pegang mandat parti dan ketetapan MKT, kerana jika kami melanggarinya kami boleh dipecat daripada parti. Justeru kami 42 orang pegang keputusan parti,” ciapnya di laman Twitternya hari ini.

Dalam pada itu, Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Ahmad Maslan secara peribadi menyatakan pendirian sama menyokong Belanjawan 2021 agar ia dapat diluluskan di Dewan Rakyat.

“Adakah saya akan undi di #DewanRakyat untuk #Bajet2021? Jawapannya YA, saya sokong #Belanjawan2021 ini dan mengundi agar ianya diluluskan,” ciapnya di laman Twitternya hari ini.

Ahmad yang juga Ahli Parlimen Pontian turut menyifatkan Menteri Kewangan, Senator Datuk Seri Tengku Zafrul Abdul Aziz telah melaksanakan tugas dengan baik.

“Tentang #KWSP (Kumpulan Wang Simpanan Pekerja) dan #moratorium masih boleh dirunding dengan pihak-pihak yang berkaitan jika ada syarat-syarat yang sukar,” ciapnya lagi. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here