Abdul Hadi tiba di Istana Kinta

0
2

PRESIDEN PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang tiba memasuki pekarangan Istana Kinta di Ipoh bagi menghadap Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah, jam 10.50 pagi tadi.

Abdul Hadi tiba dengan menaiki kenderaan jenis Mercedes warna kelabu.

Beliau sebelum ini dilaporkan menghantar surat kepada Istana bagi menghadap Sultan Perak untuk memaklumkan baginda mengenai ‘situasi politik membabitkan PAS.’

Selasa lalu, Pesuruhjaya PAS Perak, Razman Zakaria diarahkan untuk tidak menghadap Sultan Perak di Istana Kinta.

Razman sepatutnya menghadap Sultan Perak pada jam 3 petang, selepas dipanggil bersama Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) parti lain susulan krisis politik di negeri itu.

Berikutan itu, Jumaat lalu, Razman membuat permohonan maaf secara rasmi kepada Sultan Perak kerana tidak menghadap baginda seperti dititahkan.

Beliau menzahirkan kekesalannya melalui satu sidang media khas yang turut dihadiri Adun Selama, Mohd Akmal Kamaruddin dan ADUN Kubu Gajah, Khalil Yahaya.

PAS Perak turut menghantar surat permohonan maaf kepada Sultan Perak selepas sidang media itu. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here