35 pekerja Hartalega positif Covid-19

0
2

HARTALEGA Holdings Bhd mengesahkan 35 pekerjanya positif Covid-19 dengan 20 daripadanya di kilang Bestari Jaya dan 15 di Kompleks Pembuatan Sarung Tangan Bersepadu Generasi Akan Datang (NGC) di Sepang.

Menerusi kenyataan, ia menjelaskan pekerja yang terjejas menerima rawatan perubatan di kemudahan kesihatan kerajaan.

Katanya kenyataan itu, semua kontak rapat dalam tempoh 14 hari terakhir telah dikenal pasti dan dikuarantin serta akan menjalani ujian selanjutnya sebelum dibenarkan kembali bekerja.

“Sehubungan itu, beberapa talian pengeluaran dihentikan sementara, dengan kerugian kapasiti dianggarkan kurang 0.5 peratus daripada pengeluaran tahunan,” katanya.

Selain itu, menurut Hartalega pembasmian kuman secara menyeluruh di kawasan di mana invidu terlibat berada telah dilakukan oleh penyedia profesional pihak ketiga.

Kumpulan itu berkata, ujian Covid-19 telah dilakukan ke atas 8,772 kakitangan termasuk vendor luar seperti kakitangan keselamatan dan operator kantin pada 7 Disember dan selesai pada 10 Disember, selaras arahan Majlis Keselamatan Negara supaya semua pekerja asing menjalani ujian. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here