Nizar nafi kali kedua sokong Anwar

0
3

Muhammad Mustakim Ramli

AHLI Parlimen Parit, Datuk Mohd Nizar Zakaria menafikan khabar angin kononnya beliau antara 10 Ahli Parlimen Umno yang menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menerusi kenyataan, Mohd Nizar berkata beliau tidak pernah menandatangani sebarang Akuan Bersumpah (SD) bagi menyokong Anwar.

“Saya menafikan sekeras-kerasnya dakwaan bahawa saya terlibat dalam polemik ini.

“Sebagai Ahli Parlimen Umno, saya berpegang kepada prinsip serta sentiasa akur kepada segala arahan dan keputusan yang telah dibuat oleh parti,” katanya.

Ini kali kedua Ahli Parlimen Parit itu menafikan beliau memberi sokongan terhadap Anwar selepas kali terakhir pada September lalu.

Sebelum ini, nama beliau juga dikaitkan antara 19 wakil rakyat Umno dalam pembentukan kerajaan baharu di bawah pimpinan Ketua Pembangkang itu.

Semalam tular, Presiden PKR mendapat sokongan 10 Ahli Parlimen Umno termasuk bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Presiden Umno, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Dakwaan itu mengatalan sokongan yang diperolehi Anwar daripada 10 Ahli Parlimen Umno tersebut adalah dalam bentuk SD yang akan dipersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here