Bung Moktar dilantik pemangku Presiden SAFA

0
2

AHLI-ahli Majlis Tertinggi Persatuan Bola Sepak Sabah (SAFA) hari ini sebulat suara melantik Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin sebagai pemangku presiden baharu persatuan itu.

Keputusan dibuat dalam mesyuarat Ahli Majlis Tertinggi SAFA dipengerusikan Timbalan Presiden, Datuk Abdul Rahman Zakaria yang juga memangku jawatan presiden persatuan berkenaan sebelum ini.

Bercakap kepada pemberita selepas mesyuarat itu, Abdul Rahman berkata pelantikan Bung Moktar dilakukan selepas perbincangan kedua-dua pihak sebelum ini, lapor Bernama.

“Kita telah berjumpa (Bung Moktar) dan beliau bersetuju dilantik sebagai pemangku presiden sebelum dilantik secara sah sebagai Presiden SAFA dalam Mesyuarat Agung SAFA akan datang,” katanya.

Beliau berkata pelantikan Bung Moktar diyakini dapat membawa SAFA maju ke hadapan.

“Kita tahu beliau mempunyai pengalaman kerana pernah menjadi penaung pasukan bola sepak Felcra FC beberapa tahun lalu,” tambahnya.

Diminta mengulas mengenai Sabah FC, Abdul Rahman berkata Datuk Verdon Bahanda masih menjadi Ketua Pegawai Eksekutif pasukan berkenaan dan kerjasama itu berjalan lancar.

“Kita serahkan Verdon untuk mengurus Sabah FC dan kita SAFA mengurus di bahagian induk kerana sekiranya induk bermasalah pasukan Sabah FC juga akan bermasalah,” tambahnya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here