Keane kecam ‘kemesraan’ United-City

0
2

TINDAKAN pemain Manchester United saling berpelukan dengan Manchester City sebaik sahaja perlawanan tamat telah mendapat kecaman Roy Keane.

Lagenda United itu mendakwa tindakan ‘bermesra’ dengan jiran mereka itu menunjukkan United telah hilang keghairahan dalam perlawanan yang dipanggil ‘Manchester Derby’.

“Selepas tamat perlawanan, staf saling senyum, berpelukan dan para pemain bercakap cakap antara satu sama lain. Kenapa tidak terus pergi ke terowong terus, hentikan semua ni, saya memang tak faham

“Semua orang atas padang tu mahu menjalin persahabatan dengan satu sama lain dan menjadi glamor.

“Kamu sekarang bermain untuk kelab kelab ini terutama sekali Manchester United, kamu bermain untuk menang bukannya nak menjalinkan hubungan persahabatan dengan semua orang.” selar Keane kepada SkySport.

Dalam aksi lewat malam tadi, kedua-dua pasukan buntu mencari gol kemenangan yang akhirnya terpaksa akur untuk seri 0-0.

Bukan sahaja Keane, malah penyokong United juga kelihatan tidak gembira melihat tindakan pasukan kesayangan mereka melayan mesra musuh setempat dalam perlawanan itu.

Tidak seperti zamannya, Keane berkata, perlawanan Manchester Derby ketika era dirinya bermain adalah amat dinanti-nantikan dan sememangnya perlawanan akan berlangsung dengan suasana penuh tegang, emosi dan penuh bermusuhan.

“Kita cuma melihat dua kad saja dalam derby ni. Saya tak pernah nampak lagi derby yang ada pelukan dan berbual lebih banyak daripada ini,” kata bekas kapten United itu.

“Saya sangat kecewa. Kamu kena pergi cari cara nak menang perlawanan bola sepak. Kamu tak boleh berpuas hati dengan seri je.

“Orang kata ‘Ini adalah derby’, dan dengar apa yang John Stones tu cakap, ‘Oh, clean sheet’ dan blah blah blah. Kualiti yang tak bagus hari ini, produk akhir kedua dua pasukan sangat mengecewakan,” kata Keane. – Malaysiapost

Foto Kredit: Sky Sports

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here