Jualan 12.12 Shopee melonjak berganda

0
2

JUALAN sempena tarikh 12.12  Shopee pada tahun ini melonjak empat kali ganda berbanding tahun lepas.

Dalam satu kenyataan, Shopee memberitahu jualannya pada tengah malam 12 Disember lebih hebat dan amat luar biasa berbanding 2019.

Shopee berkata, aktiviti membeli-belah sangat rancak dengan produk rumah serta kediaman, barangan runcit, kesihatan dan kecantikan menjadi barangan yang laris dibeli semasa lapan jam pertama jualan.

Katanya, orang ramai dilihat cuba menambah stok barangan keperluan, terutamanya makanan.

“Memandangkan usaha tinggal di rumah diteruskan, rakyat Malaysia didapati membeli lebih 200,000 unit makanan ringan dalam tempoh lapan jam pertama pada 12 Disember.

“Sementara itu, MILO terus menjadi minuman malt coklat kegemaran rakyat Malaysia dengan dua unit dijual pada setiap saat,” katanya.

Dalam pada itu, ibu bapa turut tidak melepaskan peluang untuk membeli barangan persekolahan sebagai persediaan menghadapi tahun baharu, dengan lebih 190,000 barangan alat tulis dijual di Shopee.

Lebih 53,000 unit seragam sekolah, beg, kasut, kotak pensel dan banyak lagi dijual secara keseluruhan.

Tambah menarik, pembeli lelaki dan wanita dilihat membeli-belah untuk keperluan kesihatan dan kecantikan, dengan barangan penjagaan kulit serta gincu menjadi sangat popular dengan lebih daripada 210,000 barangan dan 37,000 unit dijual. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here