Nilam Oshman
SERAMAI 241 individu ditahan kerana mengingkari arahan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), semalam.
Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata daripada jumlah itu seramai 202 individu dikompaun manakala 39 direman.
“Antara kesalahan ingkar arahan PKP termasuk gagal menyediakan peralatan merekod butiran pelanggan (78), tidak memakai pelitup muka (77), gagal mematuhi arahan penjarakan fizikal (43), aktiviti pusat hiburan (41) dan lain-lain (2),” katanya dalam kenyataan hari ini.
Sementara itu, beliau berkata, Ops Benteng berjaya menahan 51 pendatang asing tanpa izin (PATI) , satu tekong dan merampas enam kenderaan darat serta dua bot/kapal.
Katanya, sebanyak 125 Sekatan Jalan Raya (SJR) Operasi Benteng dilaksanakan semalam yang melibatkan PDRM (61 SJR) dan AKSEM (9 SJR) dan Operasi Penawar pula melibatkan ATM, PDRM dan RELA (55 SJR). -Malaysiapost

