PAS mungkin tidak dilantik EXCO Perak

0
2

“INILAH ‘harga’ kerana tidak mendengar nasihat yang betul,” kata Ahli Dewan Negera Perak, Datuk Seri Mohd Annuar Zaini.

Menerusi satu hantaran Facebook, jurucakap Istana Perak itu berkata, PAS mungkin terpaksa membayar harga yang mahal susulan ingkar perintah untuk mengadap Sultan Perak Sultan Nazrin Shah pada Selasa lalu.

Katanya, tiga wakil rakyat PAS berisiko besar untuk tidak dilantik sebagai EXCO Perak susulan tindakan mereka yang ingkar mengadap Sultan Nazrin dalam usaha baginda menyelesaikan krisis politik Perak baru-baru ini.

Dalam pada itu, dilaporkan Menteri Besar Perak yang baru, Datuk Saarani Mohamad menghantar lima nama untuk dilantik sebagai kumpulan pertama Exco Perak iaitu tiga dari Umno dan satu masing-masing dari Bersatu dan PAS.

Namun dilaporkan, hanya nama dari Umno dan Bersatu diterima tetapi tidak dari PAS.

Krisis politik Perak tercetus susulan kegagalan Bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu gagal mendapat sokongan undi usul percaya terhadapnya di Sidang Dun Perak, 4 Disember lalu.

Pihak Istana telah memanggil kesemua wakil parti politik untuk menghadap baginda Sultan Perak.

Namun, tiga Adun PAS membatalkan upacara menghadap Tuanku Sultan Perak pada jam 3 petang pada 8 Disember walaupun diperintahkan berbuat demikian oleh baginda pada waktu itu.

Pesuruhjaya PAS Perak, Razman Zakaria mengakui mendapat arahan daripada PAS Pusat tidak membenarkan mereka mengadap Sultan Nazrin pada petang Selasa lalu.

“Ya (batal),” katanya semasa diminta mengesahkan perkara itu.

Kesal dengan tindakan mereka, semalam ketiga-tiga Adun PAS itu mengutus surat dan mengadakan sidang media untuk memohon ampun daripada baginda.

“Kami dengan rasa rendah hati menzahirkan permohonan ampun kepada Sultan Perak atas kekhilafan tidak menghadap sebagai mana titah ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan pada Selasa, 8 Disember pukul 3 petang,” katanya.

Sebelum itu, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengutus surat memohon untuk mengadap dan memohon ampun dari baginda, namun pihak istana belum memberi tarikh untuk membenarkan pertemuan itu diadakan. -Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here