PAS Perak mohon ampun kepada Sultan Perak

0
2

Muhammad Mustakim Ramli

PAS Perak memohon ampun kepada Sultan Nazrin Muizzuddin Shah kerana tidak menghadap baginda Selasa lalu.

Permohonan ampun itu dibuat Pesuruhjaya Pas Perak, Razman Zakaria menerusi sidang media sebentar tadi.

“Hari ini kita bagi pihak PAS negeri dan tiga Adun (Ahli Dewan Undangan Negeri) menyatakan PAS Perak sentiasa menjunjung tinggi institusi kesultanan Negeri Perak Darul Ridzuan.

“Kita menumpahkan taaat setia yang tidak berbelah bahagi terhadap Sultan Nazrin Muizzuddin Shah.

“Maka kami iaitu Razman Zakaria (Gunong Semanggol); Mohd Akmal Kamaruddin (Selama) dan Khalil Yahaya (Kubu Gajah) dengan rendah diri menzahir permohonan ampun kerana kekhilafan tidak menghadap seperti yang dititah,” katanya.

Susulan itu, katanya, PAS Perak akan mengutus surat kepada Sultan Perak untuk menzahirkan permohonan ampun.

Selasa lalu, ketiga-tiga mereka tidak menghadap Sultan Perak selepas menerima arahan daripada PAS Pusat.

Kelmarin, Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan dilaporkan berkata ketidakhadiran Adun PAS ke istana disebabkan tidak mahu terkhilaf membuat keputusan terutama jika ia bersabit dengan titah Duli Yang Maha Mulia Sultan.

“Maka PAS mengarahkan semua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) PAS untuk hadir ke istana setelah menerima titah menghadap Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Perak,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here