KBS bawa cadangan operator futsal, padang bola kepada MKN

0
1

KEMENTERIAN Belia dan Sukan (KBS) akan membawa cadangan operator futsal dan padang bola kepada Majlis Keselamatan Negara (MKN) untuk rayuan.

Timbalan Menterinya, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal, berkata KBS sentiasa mendengar dan akan membantu sedaya mungkin pengusaha industri sukan yang terjejas akibat penularan Covid-19.

“Sesi libat urus bersama operator padang bola sepak sekitar Kuala Lumpur dan Selangor pagi tadi bersama Jabatan Belia dan Sukan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Selangor membuka lebih banyak ruang untuk kami membawa rayuan kepada MKN.

“Saya secara peribadi bersetuju dengan pandangan dan saranan operator-operator padang bola, futsal.

“Bila kita dah rentas negeri kita tidak boleh halang orang ramai dari zon merah bermain sukan di zon hijau. Yang penting jaga SOP (prosedur operasi standard),” katanya menerusi Facebook.

Beliau turut meminta pendapat dan pandangan dari mana-mana operator sukan yang lain untuk memperbaiki industri terbabit.

“Kepada semua operator-operator sukan yang lain, kami jemput untuk salurkan pandangan kepada [email protected].

“Ataupun hubungi Bilik Gerakan SOP Sukan dan Rekreasi di talian 0388713565 untuk sebarang soalan.

“Insya-Allah kami akan teruskan rayuan demi kelangsungan industri sukan yang terjejas teruk,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here