Tular surat Hadi mohon menghadap Sultan Perak

0
3

PRESIDEN PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dilaporkan memohon menghadap Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah.

Berdasarkan surat bertarikh 10 Disember yang tular di media sosial, Abdul Hadi memohon untuk menyembah maklum mengenai krisis di Perak yang turut membabitkan parti itu.

“Antara tujuan saya memohon menghadap Kebawah Duli Tuanku adalah bagi menyembah maklum tentang suasana politik yang melibatkan Parti Islam Se-Malaysia (PAS).

“Saya bersedia menghadap pada tarikh, masa dan tempat yang diperkenankan oleh Kebawah Duli Tuanku,” katanya menerusi surat berkenaan.

Setakat ini tidak dapat dipastikan kesahihan surat berkenaan yang turut mengandungi tandatangan Abdul Hadi.

Surat yang tular di media sosial.

Pada 8 Disember lalu ketika krisis politik di Perak, tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) PAS Perak dilaporkan tidak mengadap Sultan Nazrin Muizzuddin Shah selepas menerima arahan PAS Pusat.

Bagaimanapun, keesokannya, ketiga-tiga Adun berkenaan iaitu Razman Zakaria (Gunong Semanggol); Mohd Akmal Kamaruddin (Selama) dan Khalil Yahaya (Kubu Gajah) menghadap Sultan Perak di Istana Kinta, Ipoh. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here