Cinggey’ punya pasal

0
3

ALAHAI ‘cinggey’ punya pasal sanggup nak bunuh diri. Itu terjadi kepada seorang pemuda yang sanggup mengelar lehernya di rumah teman wanitanya di Kampung Laksamana, Selayang, semalam.

Lelaki berusia 19 tahun itu dikatakan tidak sedarkan diri dan masih menerima rawatan di Hospital Selayang.

Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Arifai Tarawe berkata, polis menerima laporan kejadian cubaan bunuh diri pada jam 2.47 petang.

“Berdasarkan siasatan, semasa pemuda itu berada di rumah teman wanitanya, berlaku salah faham dan remaja perempuan itu meminta untuk memutuskan hubungan.

“Dia cuba memujuk kekasihnya itu tetapi tidak diendahkan lalu pergi ke dapur mengambil sebilah pisau dan mengelar lehernya sendiri sehingga pengsan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Susulan itu, Arifai berkata, kekasihnya yang panik melihat tindakan lelaki itu segera menghubungi pihak hospital.

Beliau berkata, pemuda terbabit dibawa ke hospital untuk rawatan lanjut.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 309 Kanun Keseksaan. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here