Pejuang kemuka semakan kehakiman terhadap ROS

0
3

PARTI Pejuang Tanah Air (Pejuang) mengemukakan semakan kehakiman bagi memaksa Jabatan Pendaftar Pertubuhan Malaysia (ROS) membuat keputusan mengenai status pendaftaran parti tersebut.

Setiausaha Agung Jawatankuasanya, Datuk Amiruddin Hamzah berkata semakan itu untuk memohon perintah Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur sama ada meluluskan atau menolak permohonan untuk mendaftarkan parti berkenaan secara rasmi sebagai parti politik di bawah Akta Pertubuhan 1966.

Amiruddin berkata, ia juga bagi mendapat perisytiharan mahkamah bahawa kegagalan Ketua Pengarah dan ROS untuk respon sebarang permohonan atau komunikasi bertulis adalah tidak masuk akal dan tidak berniat untuk menunda pendaftaran Pejuang.

“Pejuang akan sentiasa mempertahankan prinsip kedaulatan undang-undang dan dengan demikian membawa pendaftarannya ke mahkamah untuk mendapat keputusan yang adil.

“Jawatankuasa pro-tem Pejuang akan memberitahu orang ramai mengenai kemas kini kes ini dari semasa ke semasa,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Pada masa sama, Amiruddin dinamakan sebagai plantif bagi pihak Pejuang, manakala ROS dan Ketua Pengarahnya masing-masing sebagai responden bagi tuntutan itu.
– Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here