Selebriti didakwa di Mahkamah PJ, Shah Alam hari ini

0
2
grafik

BEKAS peserta program realiti berbentuk keagamaan yang sebelum ini direman atas dakwaan rogol, cabul dan melakukan seks luar tabii akan didakwa di Mahkamah Petaling Jaya.

Difahamkan, dia juga akan didakwa di Mahkamah Shah Alam selepas selesai di Petaling Jaya, hari ini.

Harian Metro melaporkan, selebriti itu tiba di pekarangan Mahkamah Petaling Jaya jam 10.10 pagi sambil diiringi polis dengan keadaan bergari.

Dia yang memakai baju-T warna biru kelihatan tenang ketika pihak media merakam gambarnya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here