MUNGKINKAH Liga Malaysia (Liga M) musim hadapan akan kembali mendengari sorokan penyokong di stadium? Itulah bayangan diberikan pemilik kelab Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim.
TMJ melalui satu kemaskini IG story memberikan bayangan positif bahawa saingan bola sepak akan kembali tidak lama lagi.
Apa yang lebih menarik perhatian adalah, ia bukan sekadar memberikan isyarat sukan bola sepak akan dilangsungkan malah kemungkinan kehadiran penonton akan dibenarkan dengan kadar 10 peratus daripada kapasiti stadium.

“Good news. SOP. Progress. Coming soon, bola sepak akan kembali. Kali ini dengan penyokong. 10 peratus dari kapasiti stadium,” katanya.
Mungkin tidak lama lagi pihak berkaitan akan tampil dengan prosedur operasi standard (SOP) tertentu yang akan dilaksanakan di stadium.
Berita ini pastinya amat dinantikan oleh ramai penyokong dan peminat bola sepak tanahair. untuk menikmati bola sepak tempatan, ia juga dilihat sebagai peluang untuk kita reset kembali budaya hadir ke stadium dan menyokong pasukan tempatan. – Malaysiapost

