Selangor, KL masih perlu kerja dari rumah

0
2

Muhammad Mustakim Ramli

ARAHAN bekerja dari rumah masih diteruskan bagi Selangor dan Kuala Lumpur, kata Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Beliau berkata arahan itu masih kekal kerana jumlah kes di negeri berkenaan masih tinggi.

“Setakat ini masih sama.. kekal. Bagi negeri lain ia belum diputuskan kerana waktu saya maklumkan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dulu ia hanya membabitkan Lembah Klang.

“Jika ada keperluan Majlis Keselamatan Negara (MKN) akan berbicang dengan KPPA (Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam) dan juga MITI (Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri) untuk keputusan selanjutnya,” katanya hari ini.

Sementara itu, Ismail Sabri berkata ramai tertanya-tanya mengenai kelonggaran PKPB yang membenarkan merentas negeri seolah-olah sama seperti Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).

Beliau menjelaskan, aktiviti sosial seperti majlis kenduri masih tidak dibenarkan di dalam PKPB. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here