Kemelut politik Perak: Zahid luah rasa syukur

0
2

PRESIDEN Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi melahirkan rasa syukur selepas kemelut politik Perak yang berlarutan sejak Jumaat lalu, menemui titik noktah hari ini.

Beliau yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) berkata penyelesaian itu adalah yang terbaik demi ummah dan rakyat.

“Syukur Alhamdulillah hari ini kami bertemu demi mencari jalan penyelesaian terbaik demi ummah dan rakyat keseluruhan.

“Mohon doakan titik penyelesaian dapat dicapai,” katanya menerusi hantaran di Facebooknya sebentar tadi.

Sementara itu, Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan turut melahirkan rasa syukur atas penyelesaikan kemelut berkenaan.

“Alhamdulillah, demi rakyat muafakat dimeterai. Utamakan persamaan yang terlalu banyak jua berbanding dengan perbezaan yang teramat sedikit cuma,” katanya.

Beliau juga mengucapkan tahniah kepada semua pihak kerana memastikan kerajaan Perikatan Nasional (PN) Perak dikekalkan.

Sebentar tadi, BN dan PN bersetuju menamakan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Perak, Datuk Saarani Mohamad sebagai Menteri Besar yang baharu untuk diperkenankan Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah.

Persetujuan itu dicapai atas semangat pemuafakatan PN membabitkan Bersatu dan PAS serta BN. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here