EMPAT lelaki yang disyaki terbabit dalam pembunuhan bekas penyelidik Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertaniah Malaysia (Mardi) di Bukit Bandaraya, Bangsar, akan dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kuala Lumpur hari ini.
Mengesahkan perkara itu, Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Anuar Omar, berkata keempat-empat suspek akan dituduh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
Memetik laporan FMT, beliau berkata, pertuduhan akan dibacakan bersama Seksyen 34 kanun sama yang jika sabit kesalahan tertuduh boleh dihukum gantung sampai mati.
Wan Hassan Wan Embong, 71, maut selepas ditetak dengan parang oleh penjenayah yang memecah masuk ke rumahnya dalam kejadian 3.30 pagi, 29 November lalu.
Isterinya, Sarifah Yusof, 70, yang turut ditetak cedera di tangan kanan.
Anuar berkata, suspek sama juga akan didakwa atas tuduhan samun berkumpulan menggunakan senjata di Setapak, Kuala Lumpur mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan. – Malaysiapost

