2 kluster baharu direkodkan

0
2

Nurul Huda Abhar

KEMENTERIAN Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan terdapat dua kluster baharu jangkitan Covid-19 yang telah dikenal pasti hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham menerusi kenyataan berkata, satu kluster baharu berlaku di Selangor manakala satu lagi di Kuala Lumpur, Selangor, dan Negeri Sembilan.

Kluster pertama adalah Kluster Seruling, berlaku di Selangor melibatkan hasil saringan di tempat kerja pada 4 Disember lalu.

“Jumlah individu yang disaring sebanyak 2,267 dan setakat ini 109 individu dikesan positif Covid-19,” katanya hari ini.

Beliau berkata, kluster kedua adalah Kluster Tapak Bina Darul melibatkan kawasan di Kuala Lumpur, Selangor dan Negeri Sembilan.

“Kes positif Covid-19 bagi kluster ini adalah hasil saringan bersasar di tempat kerja yang melibatkan tapak pembinaan pada 6 Disember.

“Jumlah individu yang disaring sebanyak 240 dan sehingga kini 14 telah disahkan positif Covid-19,” katanya. -Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here