Covid-19: 1,012 kes baharu, 4 kematian

0
2

Nurul Huda Abhar

KES positif harian Covid-19 mencatatkan 1,012 kes baharu hari ini, menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 75,306.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, Selangor masih mencatatkan peningkatan kes tertinggi iaitu 417 kes, dan diikuti Sabah (271), Johor (108), dan Kuala Lumpur (98).

Katanya, Pahang mencatatkan 33 kes, Perak (29), Negeri Sembilan (23), Pulau Pinang (18), Kedah (10), Kelantan dan Sarawak masing-masing 2 kes, serta Putrajaya 1.

“Sebanyak 44 kes yang dilaporkan pula adalah berkaitan kluster-kluster di penjara yang membabitkan Kluster Tembok (24 kes), Kluster Bakti (18 kes) dan Kluster Penjara Seberang Perai (2 kes).

“Bilangan kes sembuh Covid-19 hari ini adalah 1,750 kes, menjadikan jumlah kumulatif kes sembuh sepenuhnya kini 64,056 iaitu 85.1 peratus daripada keseluruhan kes,” katanya dalam sidang media hari ini.

Dr Noor Hisham berkata, terdapat pertambahan empat kes kematian Covid-19 pada hari ini, menjadikan jumlah kumulatif kes kematian Covid-19 di Malaysia adalah sebanyak 388 kes

Tambahnya, sehingga kini terdapat 126 kes positif Covid-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), di mana 62 kes memerlukan bantuan pernafasan. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here