861 kawasan alami tekanan air rendah

0
3

SEBANYAK 861 kawasan di wilayah Kuala Lumpur, Petaling, Klang/Shah Alam, Gombak, Kuala Selangor, Hulu Selangor dan Kuala Langat akan mengalami tekanan air rendah dan bekalan air tidak stabil.

Ini berikutan henti tugas Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Selangor Fasa 1, Fasa 2, Fasa 3, dan Rantau Panjang dalam tempoh lima jam disebabkan pencemaran air mentah di Sungai Selangor awal pagi tadi.

Air Selangor dalam kenyataan mendapati sistem agihan bekalan air tidak stabil yang mana kebanyakkan tangki-tangki air di kawasan perumahan mengalami penyusutan mendadak pagi tadi.

“Pengguna terjejas dijangka akan menerima bekalan air yang stabil bermula jam 3 petang hari ini secara berperingkat-peringkat.

“Air Selangor akan menyediakan bantuan bekalan air dengan menggerakkan lori tangki ke kawasan terjejas dengan keutamaan kepada premis-premis kritikal seprti hospital dan pusat dialysis,” katanya hari ini.

Katanya, Air Selangor memahami situasi pengguna yang memerlukan air bersih terutama semasa peningkatan kes Covid-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dengan mengambil segala usaha bagi meminimakan impak gangguan.

“Maklumat gangguan bekalan air berjadual akan dimaklumkan dari semasa ke semasa menerusi semua medium komunikasi Air Selangor termasuk Twitter, Facebook, Instagram, aplikasi Air Selangor dan laman sesawang www.airselangor.com,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here