SOP penerokaan, pengeluaran elemen nadir bumi dirangka

0
2

[PARLIMEN] KERAJAAN sedang merangka prosedur operasi standard (SOP) berkaitan kebenaran penerokaan dan pengeluaran elemen nadir bumi (REE) serta pembangunan REE bukan radioaktif.

Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah berkata SOP itu akan merangkumi seluruh aktiviti rantaian nilai mineral dari perlombongan, sehingga pengurusan sisa dan penutupan lombong secara progesif dan proses pengilangan.

“Pematuhan sepenuhnya SOP merupakan syarat utama sebelum memulakan perlombongan REE yang dikawal melalui Skim Pengendalian Melombong oleh GMG, namun itu tidak bermakna kerajaan sudah bersedia membenarkan perlombongan REE pada masa ini.

“Sebagai contoh, kerajaan tidak akan benarkan sebarang aktiviti REE khususnya di hutan simpan kekal tanpa sebarang penilaian.

“Ini bagi mengelak insiden pencemaran yang boleh menjejaskan alam sekitar, sumber air dan kesihatan masyarakat dan juga adalah kepentingan kepada negara dan rakyat,” katanya ketika waktu pertanyaan menteri di Dewan Rakyat, hari ini.

Dr Shamsul Anuar berkata mana-mana pihak yang melakukan perlombongan tapa kelulusan, kerajaan tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan melalui akta dan perundangan berkaitan.

Ahli Parlimen Lenggong itu menambah, pematuhan SOP tersebut berpandukan Akta Pembangunan Mineral 1994, Akta Penyiasatan Kaji Bumi 1974, Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974, Akta Penyelarasan Perindustrian 1974 dan Enakmen Mineral Negeri-Negeri. – Malaysiapost

Sekadar gambar hiasan

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here