Pemuda Umno Kuala Selangor ‘usik’ Annuar Musa

0
2

PEMUDA Umno Kuala Selangor ‘mengusik’ Tan Sri Annuar Musa mengenai sikap Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN) itu yang dilihat ‘mesra’ Bersatu.

Menerusi Facebook, Ketua Penerangannya Aemierulrizaki Rambli mendedahkan surat didakwa daripada Ahli Parlimen Ketereh itu kepada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Surat itu mengenai permohonan melaksanakan projek secara rundingan terus untuk projek Central Spine Road, cadangan membina dan menyiapkan Lebuhraya Kota Bharu ke Kuala Krai, Kelantan bagi Pakej 2C & 3A

“Untunglah Annuar Musa. Surat seperti ini biasa sahaja sebenarnya. Cuma yang luar biasanya ada tanda tangan dan kepala surat Menteri Wilayah.

“Adakah kerana ini beliau sanggup memerangi ahli-ahli Umno yang menentang Bersatu? Sama-sama kita doakan tidak,” katanya.

Sementara itu, Malaysiapost cuba mendapatkan Annuar bagi mendapatkan komen beliau. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here