PKPD Penjara Seremban dilanjutkan

0
2

Fitri Nizam

KERAJAAN mengumumkan pelanjutan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di Penjara Seremban dan Kuarters Penjara Seremban, Negeri Sembilan sehingga 21 Disember depan.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata lokaliti itu dikenakan PKPD bermula 24 November lalu dan dijadualkan berakhir hari ini.

Bagaimanapun, beliau berkata sebanyak 1,582 ujian saringan telah dilaksanakan dengan 964 kes disahkan positif Covid-19.

“Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) turut mengesahkan terdapat baki 185 sampel saringan melalui ujian saringan kedua yang masih menunggu keputusan.

“Sehubungan itu, atas nasihat KKM, kerajaan bersetuju untuk melanjutkan PKPD di Penjara Seremban dan Kuarters Penjara Seremban, Negeri Sembilan selama 14 hari lagi bermula esok sehingga 21 Disember,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Sementara itu, Ismail Sabri mengumumkan penamatan PKPD di Kampung Sabah Baru, Lahad Datu.

“Kerajaan juga sebelum ini telah melaksanakan PKPD di lokaliti ini bermula 10 November yang kemudiannya dilanjutkan lagi dan dijadualkan tamat pada hari ini.

“Sehingga kini, KKM telah melaksanakan 2,054 ujian saringan dan sebanyak 382 kes kumulatif positif Covid-19 telah direkodkan di lokaliti ini,” katanya.

Beliau berkata, KKM turut mengesahkan kesemua sampel saringan telahpun diperolehi dan tiada sampel yang masih menunggu keputusan.

Justeru, atas nasihat KKM, kerajaan bersetuju untuk menamatkan PKPD di Kampung Sabah Baru, Lahad Datu, Sabah pada hari ini seperti yang dijadualkan. -Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here