Timbalan pengarah seleweng duit raya ditahan

0
2

SEORANG Timbalan Pengarah Operasi sebuah jabatan kerajaan hari ini ditahan bagi berhubung dakwaaan menyeleweng peruntukan bantuan ‘duit raya’ sempena Aidilfitri tahun ini berjumlah RM22,500.

Sumber Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkata lelaki berusia 52 tahun itu ditahan pada jam 11.45 pagi tadi di pejabat SPRM Alor Setar.

“Suspek dipercayai salah guna kuasa dengan menyeleweng peruntukan duit raya daripada kerajaan negeri untuk diagih kepada pegawai kumpulan pengurusan dan profesional sebanyak RM500 seorang.

“Namun, bantuan itu tidak diagihkan kepada penerima yang layak,” katanya seperti dilaporkan Bernama.

Sementara itu, Pengarah SPRM Kedah, Datuk Shaharom Nizam Abd Manap ketika dihubungi mengesahkan tangkapan tersebut dan kes disiasat mengikut Seksyen 23, Akta SPRM 2009. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here