Pemain JDT kemalangan, bayi lelakinya maut

0
2

PEMAIN kebangsaan dan Johor Darul Ta’zim (JDT), Muhammad Syafiq Ahmad, 25, terlibat dalam kemalangan yang mengorbankan bayi lelakinya berusia 22 hari awal pagi tadi.

Dalam nahas di Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) Sungai Bakap di Nibong Tebal itu, anak perempuannya, Aaira Nur Saffiyya, 2, turut cedera ringan, namun isterinya, Nur Amalina Nur Ain, 25, dilaporkan parah.

Utusan Malaysia melaporkan, turut maut dalam kemalangan melibatkan sebuah kenderaan jenis Toyota Vellfire itu ialah wanita tempatan Zainab Wahab, 45, dan warga Indonesia Titik Sukamti, 30-an.

Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu pada jam 5.36 pagi dan tiba di lokasi kurang 10 minit.

Sebaik tiba, katanya, Toyota Vellfire berwarna hitam remuk teruk, dipercayai terbabas dan melanggar pembahagi jalan.

“Terdapat enam mangsa iaitu tiga dalam keadaan selamat manakala tiga lagi tersepit dan bomba kemudian mengeluarkan mangsa yang tersepit menggunakan peralatan khas.

“Tiga mangsa disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan Kementerian Kesihatan dan diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya.

Operasi oleh anggota Balai Bomba dan Penyelamat Sungai Bakap itu ditamatkan pada jam 6.12 pagi. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here