PH Johor tunggu dan lihat situasi DUN esok

0
3

Muhammad Mustakim Ramli

PAKATAN Harapan (PH) Johor mengambil pendirian tunggu dan lihat berhubung situasi yang akan berlaku di Dewan Undangan Negeri (DUN) esok.

Ia susulan kenyataan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kempas, Datuk Osman Sapian berhubung Bersatu Johor berkemungkinan membalas dendam terhadap Menteri Besar, Datuk Ir Hasni Mohammad dari Umno.

Menerusi kenyataan bersama, Majlis Pengerusi PH Johor, berkata mereka berpendirian sebarang usul atau langkah yang bakal dibawa oleh Adun Bersatu esok akan diteliti dengan mengambil kira kepentingan rakyat dan kestabilan negeri.

“Esok hari terakhir Sidang DUN Johor. Sebarang langkah atau usul yang ingin dibangkitkan oleh Adun Bersatu akan disaksikan pada esok hari.

“PH Johor memiliki 27 Adun. Jumlah ini signifikan dalam setiap usul yang ingin dikemukakan di Dewan Negeri Johor,” kata kenyataan itu.

Kenyataan itu dikeluarkan Pengerusi Amanah Johor, Aminolhuda Hassan; Pengerusi PKR Johor; Syed Ibrahim Syed Noh dan Pengerusi DAP Johor; Liew Chin Tong.

Terdahulu, Osman membayangkan kemelut politik di Perak mungkin boleh juga berlaku di itu.

Bekas Menteri Johor itu berkata, Bersatu Johor barangkali boleh membalas dendam terhadap Menteri Besar Johor dari Umno.

Beliau mengakui terkejut apabila Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu digulingkan kerana Umno dan Bersatu telah menjadi anggota gabungan yang membentuk kerajaan Persekutuan dan negeri selama lapan bulan. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here