5 persoalan sebabkan Umno Perak di ‘troll’ Kit Siang

0
2

Muhammad Mustakim Ramli

PENGANALISIS politik, Dr Kamarul Zaman Yusoff menggariskan lima persoalan yang timbul susulan krisis politik melanda Perak, sejak semalam.

Pensyarah kanan Universiti Utara Malaysia (UUM) itu berkata, kemelut itu menyebabkan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Umno Perak di ‘troll’ pemimpin DAP, Lim Kit Siang.

“Mengapakah Umno Perak tidak membawa permasalahan di Perak dan mengemukakan langkah yang mahu diambil olehnya kepada Umno Pusat sebagai ketuanya?

“Apakah Umno Pusat langsung tidak mengetahui mengenai permasalahan di Perak atau langsung tidak mempunyai kawalan ke atas UMNO Perak sebagai orang bawahannya?

“Mengapakah Umno Perak tidak membawa permasalahan di Perak dan mengemukakan langkahan yang mahu diambilnya kepada PAS Perak sebagai sekutunya dalam MN?,” katanya hari ini.

Dr Kamarul Zaman berkata jika Umno Perak mahu menukar Menteri Besar mengapakah Adun Umno tidak terus mengemukakan usul ketidakpercayaan dan bukannya usul kepercayaan?

“Mengapakah Adun Umno Perak yang mengemukakan dan menyokong usul kepercayaan mengundi tidak menyokong usul kepercayaan yang mereka sendiri bawa?,” katanya.

Beliau berkata tindakan itu menyebabkan Kit Siang menulis: “Dewan Undangan Negeri Perak melakarkan sejarah dunia apabila kedua-dua pencadang dan penyokong usul kepercayaan kepada Menteri Besar Perak, mengundi menentang usul mereka sendiri”. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here