Nazri cadang Umno, PKR dan Amanah bentuk Kerajaan Perak

0
2

Umno perlu menjalinkan kerjasama dengan PKR dan Parti Amanah Negara (Amanah) untuk menubuhkan kerajaan baharu di Perak.

Perkara ini dicadangkan oleh Ahli Parlimen Padang Rengas, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz.

“Umno Perak perlu bekerjasama dengan Amanah dan PKR bagi membentuk kerajaan baharu yang diterajui Umno.

“Apa yang berlaku di DUN Perak hari ini, Amanah dan PKR telah bersama Umno menolak usul percaya terhadap Menteri Besar. Bersatu dan Pas tidak bersama Umno,” katanya seperti dilapor Astro Awani.

Bagaimanapun, Nazri menjelaskan, apa yang berlaku di Perak tidak akan menjejaskan kerajaan Pusat.

“Ini hanya berlaku di Perak, tidak ada kena mengena dengan Pusat… tidak semestinya bila di Perak berubah kerajaan maka di Pusat juga akan berubah. Ini norma baharu,” katanya lagi.

Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu yang juga ADUN Chenderiang tewas dalam undi percaya terhadapnya di Sidang DUN Perak, hari ini.

Susulan itu, Ahmad Faizal terpaksa akur untuk melepaskan jawatannya sebagai Menteri Besar Perak.

Hanya 10 daripada 59 ADUN menyokong usul itu berbanding 48 yang menolak sementara satu undi rosak atau berkecuali. -Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here