Wanita maut dihempap kereta

0
2
grafik

SEORANG wanita maut akibat dihempap kereta yang terjunam dari ketinggian enam meter selepas terbabas dan merempuh tembok konkrit di perkarangan Kondominium Green Lane Park, di Jelutong, Georgtown, hari ini.

Mangsa, Kim Hui Ping, 49, dari Taman Desa Damai, Bukit Mertajam disahkan maut di tempat kejadian, lapor Harian Metro.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 11.54 pagi sebelum anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Jalan Perak bergegas ke lokasi.

“Terdahulu, sebuah Toyota Vios yang dipandu wanita berusia 71 tahun dipercayai terbabas lalu terjunam dari ketinggian 20 kaki (enam meter) lalu menghempap mangsa yang sedang berjalan di bahagian bawah.

“Pemandu kenderaan terbabit yang tersepit berjaya dikeluarkan lalu dibawa ke Hospital Pulau Pinang (HPP) bagi mendapatkan rawatan lanjut,” katanya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here