Belanjawan MEDAC dilulus sebulat suara

0
2

Fitri Nizam

[PARLIMEN] RANG Undang-Undang Belanjawan 2021 Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC) peringkat jawatankuasa diluluskan di Dewan Rakyat dengan sebulat suarat oleh Ahli Parlimen, hari ini.

Perkara itu dimaklumkan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Azhar Azizan Harun bahawa perbelanjaan pengurusan dan pembangunan MEDAC diluluskan menerusi undi suara.

Ia diluluskan selepas Ahli Parlimen sebulat suara menyatakan persetujuan tanda sokongan terhadap belanjawan berkenaan.

Sesi penggulungan dilakukan oleh Menteri MEDAC, Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar membabitkan peruntukan sebanyak RM192,450,000 untuk Belanjawan 2021.

MEDAC menjadi kementerian pertama yang diluluskan di Dewan Rakyat secara sebulat suara oleh semua Ahli Parlimen termasuk pembangkang. -Malaysiapsot

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here