Kerajaan Mexico iktiraf pencapaian Benjamin Mora di JDT

0
2

Muhammad Mustakim Ramli

KETUA Jurulatih, Benjamin Mora menerima pengiktirafan daripada kerajaan Mexico atas pencapaiannya sepanjang membimbing pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) dan membawa imej yang baik buat negaranya.

Anugerah Kehormat Mexico (Distinguished Mexican) yang diterimanya itu menyaksikan jurulatih berusia 41 tahun itu menjadi rakyat Mexico pertama menerima pengiktirafan berkenaan di Malaysia.

JDT menerusi kenyataan di Facebook memaklumkan anugerah itu disampaikan Kementerian Hubungan Luar Mexico menerusi Institute of Mexicans Abroad dan Kedutaan Mexico.

Upacara penyerahan anugerah itu turut dihadiri Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim dan Duta Besar Mexico ke Malaysia, Carlos Felix Corona.

Mora menyertai JDT pada tahun 2016 sebagai Ketua Jurulatih JDT II sebelum dinaikkan pangkat ke skuad senior.

Sepanjang kariernya bersama skuad Harimau Selatan, beliau telah memenangi tiga kejuaraan Liga Super dan tiga piala lain. -Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here