KEJAYAAN tidak datang bergolek, bulan tidak jatuh ke riba itulah resepi kejayaan Jutawan kosmetik Datuk Seri Aliff Syukri yang gigih dalam perniagaannya.
Bagaimanapun, gara gara kegigihannya itu telah menyebabkan dirinya dimasukkan ke hospital, baru baru ini.
Pemilik nama Aliff Syukri Kamarzaman, berkata kejayaan bukan dicipta dengan sekelip mata, malah orang lain tidak nampak bagaimana kesukaran pahit jerih seseorang itu untuk berjaya dalam bidang perniagaan.
“Nampak ingat mudah untuk berjaya tetapi orang tidak pernah nampak kesukaran.
“Hari ini adalah hari yang paling bersejarah buat saya demi kejayaan syarikat saya untuk mencari rezeki yang halal, sampai masuk hospital saya,” catatnya di Instagram.
Lelaki berusia 33 tahun itu tidak menyatakan lokasi hospital, namun beliau telah memuat naik foto tangan berbalut jarum tiub air dan sebungkus makanan.
Aliff yang juga dikenali sebagai Abang Terlajak Laris, turut merakam dirinya terlantar di atas katil dengan mesin perubatan di sisi di Instagram Story miliknya.
“Ini telah berlaku pada diri saya dan tidak pernah saya alami sebelum ini, dan semoga ia memberi pengalaman yang manis yang boleh saya jadikan kenangan,” catatnya.
Semakan di Instagram Story terkini menunjukkan Aliff sudah keluar hospital dan bekerja seperti biasa dengan mempromosikan produknya D’Herbs. -Malaysiapost

