Tembak anggota PGA: 15 lagi suspek direman

0
1
PERLIS 24/11/2020: Inspector General of Police Tan Sri Abdul Hamid Bador meeting few of the PGA personnel as he arrived at Taman Radzi PGA Post in Padang Besar, Perlis on November 24th. PICTURE BY SAYUTI ZAINUDIN

SERAMAI 15 lagi lelaki warga tempatan ditahan reman bagi membantu siasatan berhubung insiden berbalas tembak dengan anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) di sempadan Malaysia-Thailand minggu lalu.

Perintah reman selama tujuh hari hingga 9 Disember itu dikeluarkan oleh Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi Kangar Siti Nor Hasliza Md Ali, hari ini.

Terdahulu, 14 daripada suspek yang berusia dalam lingkungan 20 hingga 40-an tiba di mahkamah pada 10.05 pagi dalam keadaan bergari, manakala seorang lagi sedang dirawat di Hospital Tuanku Fauziah di sini.

Bernama melaporkan perkara itu disahkan Ketua Polis Perlis, Datuk Surina Saad.

Perintah reman terbaharu itu menjadikan seramai 37 suspek telah ditahan setakat ini bagi membantu siasatan kes menurut Seksyen 302 dan 307 Kanun Keseksaan kerana membunuh serta cubaan membunuh.

Dalam kejadian awal pagi 24 November lepas, seorang anggota PGA, Sarjan Baharuddin Ramli, 54, terkorban manakala rakannya Sarjan Norihan a/l Tari, 39, cedera parah selepas berbalas tembak dengan sekumpulan penyeludup, kira-kira 600 meter dari pos kawalan TS9 di Padang Besar. -Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here