Hentikan program realiti yang cemarkan dunia dakwah – Ustaz Husam

0
3

Muhammad Mustakim Ramli

PENCERAMAH, Ahmad Husam Baderudin menyarankan program realiti mencari pendakwah dihentikan susulan kes membabitkan bekas peserta program berkenaan.

Beliau berkata, masalah membabitkan segelintir bekas peserta itu menyebabkan dunia dakwah tercemar.

“Bagi saya dalam program realiti tv ini melahirkan ‘ustaz mee segera’ .. saya tak kata semua.

“Ada dalam kalangan mereka yang alim.. saya akui cuma segelintir inilah ‘mee segera’ yang kita tak tahu latar belakang mereka akhirnya mereka dianggap sebagai pendakwah.

“Yang kemudiannya mereka ini lakukan perkara tidak baik. Bagi saya program seperti ini perlu dihentikan,” katanya kepada Malaysiapost.

Ahmad Husam berkata, dalam melahirkan pendakwah bukannya menerusi program televisyen sebaliknya menerusi bimbangan alim ulamak.

“Ianya di pondok, pusat pengajian bukan di program realiti. Saya bukan hentam semua tetapi segelintir yang bermasalah lahir dari program realiti ini,” katanya.

Sebelum ini dilaporkan, seorang selebriti dari program realiti berbentuk keagamaan direman atas tujuh laporan polis berkaitan kes rogol dan cabul, dipercayai menggunakan kedudukannya sebagai da’i untuk memperdayakan mangsa. -Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here