Nilai sumber mineral diumum MB Kedah tak masuk akal

1
3

AHLI Parlimen Kulim, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menyifatkan nilai sumber mineral jenis ‘rare earth elements’ (REE) yang dinyatakan Menteri Besar Kedah di negeri itu sebagai tidak masuk akal dan ‘merapu’.

Beliau berkata, Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG) mempunyai simpanan data kewujudan mineral dan galian di perut bumi Malaysia.

“Lengkap info peta lokasi, negeri, daerah, anggaran, nilainya,” perlinya dalam hantaran di Facebook.

Setiausaha Agung PKR itu berkata, kenyataan Muhammad Sanusi Md Nor berkaitan nilai REE tersebut mengelirukan rakyat.

“Semalam saya menonton video hebahan oleh MB Kedah, Sanusi Mohd Nor yang menyebut nilai REE di Sik bernilai RM43 trillion!…kemudian dibetulkan menjadi RM62 bilion.

“Angka RM43 trillion tak masuk akal, angka RM62 bilion juga merapu ( rujuk info dalam website Kementerian) dan terus ke jabatan mineral dan geosains.. baca.

“Di Sik REE ini ditemui di hutan simpan Bukit Enggang di kawasan seluas 50,000 ekar dgn anggaran 250, 000 tan bernilai USD3bilion (lebih kurang 3 x 4.08 = RM12.24bilion!). Mana datang RM62 bilion?,” soalnya

Dalam pada itu, beliau berkata, Sanusi mengumumkan lesen teroka telah diberikan kepada sebuah syarikat dari Kuala Lumpur.

“Ini proses pertama. Hanya syarikat ini dibenar masuk dan ambil sample tanah untuk dianalisis.

“Akan ada proses selanjutnya seblm REE boleh diusaha hasil. Yang perlu diingat lesen teroka ini bukan lesen masuk dan tebang balak lebih-lebih lagi Bukit Enggang ini statusnya hutan simpan,” katanya.

Saifuddin berkata, beliau akan mengikuti dengan lebih dekat setiap tindakan Kerajaan Kedah berhubung isu itu serta berkongsi info dengan rakyat Kedah khususnya rakyat Kulim – Bandar Baharu.

“Lebih-lebih lagi sebab di Hutan Simpan Gunung Bongsu, Kulim juga ada galian ini di kawasan seluas 62,500 ekar dengan anggaran 312,500 tan bernilai USD3.75bilion.

“Kot-kot laa lepas Sik depa mai (pergi) kot Kulim pulak,” ujarnya.

Semalam, Kerajaan Kedah meluluskan permit kepada sebuah syarikat tempatan berpangkalan di Kuala Lumpur bagi meneroka mineral di negeri ini yang dianggarkan bernilai RM60 bilion.

Sanusi berkata, mineral jenis REE dan tidak beradioaktif itu didapati di Sik, UIu Muda di Baling, Kedah serta sedikit di Lenggong, Perak.

Katanya, penggunaan REE kini sangat meluas bagi pembuatan komponen peranti seperti telefon pintar, komputer riba dan peranti lain.

“Permit diluluskan minggu lalu dan syarikat ini akan bekerjasama dengan syarikat antarabangsa untuk melaksanakan kerja penerokaan di satu kawasan di Sik dengan cara mengekstrak mineral tanpa membabitkan aktiviti perlombongan,” katanya. -Malaysiapost

1 COMMENT

  1. Jumpah Simpanan REE dunia bernilai USD14.4 Billion pada tahun 2025.*

    Malaysia mempunyai simpanan 30,000 MT sahaja.**

    Simpanan REE China ialah 44,000,000 MT dan hanya dpt produce 120,000 MT

    Berapa banyakah REE yg dpt diproduce oleh Msia dgn simpanan reserve sebanyak 30,000 MT tu?

    Purata pengeluaran berdasarkan reserve simpanan ialah 4% sahaja setahun.

    Mcm Vietnam, 22,000,000 MT reserved REE dan dpt produce 1,000 MT setahun.

    Kalau nak tau, jumlah anggaran pengeluaran dunia pada tahun 2025 tu bersamaan dgn RM ialah MYR58.5 Billion.

    Jadi, mana datang RM62 Billion tu?

    Heeee..nak ambik balak sahaja ya?

    “Zion Market Research
    **US Geological Survey

    MT = METRIC TONNE

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here