PKPD Zon B, Zon C Taman Meru Ipoh dilanjut 7 hari lagi

0
2

Nurul Huda Abhar

PERINTAH Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di kawasan Zon B dan Zon C Taman Meru 2C, Ipoh, dilanjutkan tujuh hari lagi bermula 4 hingga 10 Disember.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, Kementerian Kesihatan (KKM) telah menjalankan 1,793 ujian saringan, dan 66 kes positif Covid-19 direkodkan di lokaliti berkenaan.

“Sehingga kini KKM mengesahkan masih terdapat baki sampel saringan yang belum dapat keputusan. Oleh itu atas nasihat KKM dan penilaian risiko yang dijalankan, kita hari ini bersetuju untuk melanjutkan PKPD di Zon B dan Zon C Taman Meru, Ipoh,” katanya dalam sidang media, hari ini.

Menurut Ismail Sabri, PKPD di Penjara Seberang Perai dan Kuarters Perumahan Penjara Seberang Perai Pulau Pinang ditamatkan pada hari ini.

Selain itu, katanya, PKPD di Pusat Tahanan Sementara (PTS) Tawau, Penjara Sandakan dan Kuarters Penjara Taman Wira, Sandakan pula ditamatkan pada 3 Disember, seperti yang dijadualkan.

“PKPD di Kampung Nahaba dan Kampung Tegudon, Kota Belud akan ditamatkan pada 3 Disember.

“Sehingga kini KKM memberitahu kes jangkitan di lokaliti ini menunjukkan trend penurunan dan terkawal. Atas nasihat dan penilaian risiko, mesyuarat bersetuju menamatkan PKPD ni kawasan ini,” ujarnya. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here