935 kes baharu, 3 lagi kematian hari ini

0
2

Nurul Huda Abhar

SEBANYAK 935 kes baharu positif Covid-19 dicatatkan hari ini, yang melibatkan 931 kes tempatan manakala empat lagi kes import.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, sehingga hari ini jumlah keseluruhan kes jangkitan Covid-19 di negara meningkat kepada 60,752 kes.

Katanya, Sabah mencatatkan kes baharu tertinggi iaitu 326, diikuti Selangor (161), Negeri Sembilan (158), Perak (79), Johor (60), Kuala Lumpur (59), Kelantan (28) dan Kedah (24).

Selain itu, Pulau Pinang (17), Labuan (13), Putrajaya (5), Sarawak (4) serta satu kes di Terengganu.

“Jumlah kes sembuh hari ini ialah 2,555 iaitu tertinggi pernah direkodkan, menjadikan jumlah kumulatif kes sembuh sepenuhnya adalah 49,056.

“Tiga kematian akibat Covid-19 dicatatkan hari ini, dan ketiga-tiganya adalah warganegara di Sabah yang menjadikan jumlah kumulatif kematian sebanyak 348 kes.

“Bagi kes yang masih berada di Unit Rawatan Rapi sebanyak 110, manakala pesakit yang memerlukan alat bantuan pernafasan sebanyak 45 kes,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here