KHABIB Nurmagomedov memberi ‘bayangan’ besar bakal kembali ke gelanggang UFC selepas menyatakan kepada Presiden UFC, Dana White ‘jumpa anda tidak lama lagi’.
Masa depan Khabib dalam sukan seni bela diri campuran itu mencetuskan spekulasi apabila dia membuat kejutan dengan mengumumkan persaraan selepas menewaskan Justin Gaethje, bulan lalu.
Ia pertarungan pertama sejak kematian bapanya, Abdulmanap, 57, akibat komplikasi.
Namun sebelum itu, Khabib memberitahu, bapanya selalu mahukan dia bersara dengan rekod 30 pertarungan tanpa kalah.
Kenyataan Khabib itu menyalakan harapan buat White yang mahu dia kembali ke gelanggang sekali lagi.
White juga akan berusaha memujuk jaguh Rusia itu dan berunding mengenainya.
Usaha White menampakkan petanda positif apabila Khabib memuat naik di media sosial gambarnya bersama bos UFC itu bersama kapsyen: “Jumpa anda @danawhite.”
Ia berlaku selepas White berkata, dia memberi Khabib masa untuk memikirkannya.
“Dia dan saya akan duduk bersama tak lama lagi – kami akan berbincang,” katanya. – Malaysiapost

