IWK bukan sekadar urus sisa pepejal, selamatkan anak kucing

0
3

Muhammad Mustakim Ramli

BUKAN sekadar mengurusakan sisa pepejal, malah Indah Water Konsortium Sdn Bhd (IWK) juga cuba menyelamatkan anak kucing yang terperangkap di dalam lubang kumbahan di sebuah perumahan di Alor Setar, pagi tadi.

Bagaimanapun anak kucing yang berjaya diselamatkan selepas terjatuh tiga hari yang lalu itu mati selepas 10 minit dibawa keluar pekerja IWK Alor Setar.

Pemiliknya, Nana Shafiee berkata anak kucing berkenaan terjatuh di dalam lubang berkenaan selepas penutup lubang dicuri.

“Memandangkan hujan lebat dua, tiga hari ini lubang itu hanya ditutup dengan atap. Saya hanya sedar kehilangannya selepas terdengar bunyi ‘dia’ memanggil.

“Nak ambil sendiri tidak boleh, saya ada hubungi Bomba semalam, namun selepas sejam anak kucing itu gagal juga dibawa keluar walaupun anggota Bomba memasang jaring bagi memudahkannya keluar,” katanya ketika dihubungi Malaysiapost.

Nana berkata, hari ini beliau meminta bantuan IWK dan kucing itu masih bernyawa ketika diselamatkan.

“Anak kucing itu berjaya dikeluarkan pada jam 10.30 pagi, namun 10.40 pagi sudah mati ketika hendak di bawa ke veterinar.

“Walaupun sedih, sekurang-kurangnya saya sudah berusaha. Tidak boleh tidur malam saya mendengar ‘dia’ memanggil dari lubang itu,” katanya yang turut berterima kasih kepada IWK dan Bomba yang berusaha menyelamatkan kucing berkenaan. -Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here