Rodgers akui Liverpool terlalu unggul

0
2

PENGURUS Leicester City, Brendan Rodgers akhirnya terpaksa menerima hakikat bahawa Liverpool tetap unggul walaupun beraksi dengan skuad yang ‘tempang’.

Enggan menyalahkan para pemainnya, Rodgers mengakui bahawa Liverpool masih mempunyai kekuatan tersendiri meskipun beraksi dengan bukan kesebelasan terbaik mereka.

The Reds ternyata terlalu hebat untuk anak buah Rodgers apabila mudah ditewaskan 3-0 meskipun juara bertahan Liga Perdana Inggeris (EPL) terpaksa beraksi tanpa kehadiran ramai pemain utama susulan dilanda kecederaan. 

“Semua orang tahu kekuatan dan rekod cemerlang Liverpool apabila beraksi di Anfield. Mereka juga ada ramai lagi pemain yang bagus untuk mengisi kekosongan ditinggalkan rakan-rakan yang lain.

“Saya fikir tidak sukar untuk membuat analisis mengenai perlawanan ini. Kami tidak cukup agresif. Kami mempunyai taktikal yang kompak dan memecah benteng mereka serta mengambil sedikit masa bersama bola tetapi kami tidak melakukan itu semua.

“Separuh masa kedua lebih baik. Namun, kami bolos daripada situasi set-piece kerana kami tidak agresif ketika melakukan kawalan pemain,” kata Rodgers.

Dalam perlawanan itu, kemenangan amat diperlukan oleh Leicester untuk kembali berada di puncak liga, namun mereka terpaksa berputih mata dan gagal memanfaatkan peluang menentang skuad tempang Liverpool.

Liverpool telah meledak tiga gol menerusi jaringan sendiri pemain pertahanan Leicester, Jonny Evans (m-21), Diogo Jota (m-41) dan Roberto Firmino pada minit ke-81. -Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here