Kerajaan pertimbang isytihar darurat di Gerik, Bugaya

0
1

Fitri Nizam

[PARLIMEN] KERAJAAN akan mempertimbangkan untuk menasihatkan supaya Yang di-Pertuan Agong mengisytiharkan darurat di Dewan Undangan Negeri (DUN) Bugaya dan Parlimen Gerik bagi mengelakkan Pilihan Raya Kecil (PRK) diadakan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Udang-Undang), Datuk Takiyuddin Hassan, berkata kerajaan telah berusaha sedaya upaya untuk membendung penularan wabak Covid-19 di negara ini dengan menggunapakai Akta Pencegahan dan Kawalan Penyakit Berjangkit 1988 [Akta 342] dan pendekatan pengurusan kesihatan awam.

Namun, katanya, negara ini masih berhadapan dengan penularan wabak Covid-19.

“Sebagaimana Ahli Yang Berhormat sedia maklum, negara berhadapan dengan penularan wabak Covid-19 gelombang ke empat yang telah berlaku selepas Pilihan Raya Negeri (PRN DUN) Sabah Ke-16 yang lalu.

“Sehubungan itu, bagi mengelak perkara yang sama berlaku kerajaan telah memutuskan pelaksanaan Proklamasi Darurat Perkara 150 (1) dan Pemasyhuran Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu 2020) menurut Perkara 150 (2B) Perlembagaan Persekutuan untuk dilaksanakan di dalam Bahagian Plihanraya Parlimen Batu Sapi, Sabah bagi menangguhkan PRK Batu Sapi,” katanya.

Beliau berkata demikian bagi menjawab pertanyaan Ahli Parlimen Pontian, Datuk Seri Ahmad Maslan berhubung cadangan untuk menasihati Yang di-Pertuan Agong bagi mengisytiharkan darurat di DUN Bugaya dan Parlimen Gerik seperti di Parlimen Batu Sapi.

Takiyuddin berkata, tindakan kerajaan dalam pelaksanaan Proklamasi Darurat dan Pemasyhuran Ordinan ini akan membolehkan negeri Sabah khususnya dan negara amnya bebas daripada ancaman pendemik Covid-19 dengan kadar segera.

“Tindakan yang sama juga akan dipertimbang untuk dilaksanakan bagi DUN Bugaya dan Parlimen Gerik berdasarkan penilaian risiko oleh Kementerian Kesihatan Malaysia dan Majlis Keselamatan Negara (MKN),” katanya.

Kerusi Parlimen Gerik kosong susulan kematian penyandangnya Datuk Hasbullah Osman minggu lalu akibat serangan jantung.

Manakala, kerusi DUN Bugaya pula kosong susulan kematian penyandangnya, Manis Muka Mohd Darah. -Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here