Ingkar PKPP: Aktiviti pusat hiburan catat kesalahan tertinggi semalam

0
4

Nilam Oshman

SERAMAI 381 individu ditahan atas kesalahan ingkar arahan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), semalam.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata daripada jumlah itu seramai 377 individu dikompaun manakala empat direman.

“Antara kesalahan ingkar arahan PKP termasuk aktiviti pusat hiburan (96), tidak memakai pelitup muka (80) dan gagal mematuhi arahan penjarakan fizikal (69).

“Selain itu gagal menyediakan peralatan merekod butiran pelanggan (57), rentas negeri/daerah PKPB tanpa kebenaran (33) dan lain-lain (46),” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sementara itu, beliau berkata, Ops Benteng berjaya menahan 20 pendatang asing tanpa izin (PATI) dan tiga penyeludup serta merampas sembilan kenderaan darat. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here