5 NGO dipilih KKMM bantu pengiat seni

0
3

SEBANYAK lima badan bukan kerajaan (NGO) berkaitan penggiat seni muzik dipilih oleh Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) bagi membantu pengiat seni.

Konsortium Irama menerusi kenyataan berterima kasih kepada KKMM terutama Menterinya, Datuk Saifuddin Abdullah kerana melancarkan Program KKMM Prihatin, hari.

“Usaha ini jelas memperlihatkan Menteri KKMM amat mengambil berat hal-hal penggiat seni muzik yang mengalami kebuntuan dalam meneruskan aktiviti persembahan dan rakaman dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) ini.

“Idea pengagihan kepada NGO yang terbabit dengan muzik ini adalah terbaik bagi mencapai pengagihan secara menyeluruh dan segenap kategori kegiatan,” katanya.

Lima NGO berkenaan adalah Konsortium Irama; Persatuan Sahabat Penghibur Jalanan Malaysia; Kelab Kami Kreatif; Persatuan Pemuzik Jalanan Professional dan Persatuan Muzika Malaysia.

Sasaran KKMM adalah untuk membantu 50 orang penggiat seni muzik yang mana setiap NGO akan mengagihkan kepada 10 orang ahli masing-masing.

Acara penyerahan ini telah dilakukan secara ‘pandu-lalu’ bagi mengikut SOP PKPBP di mana Saifuddin sendiri menyerahkan bantuan tersebut kepada wakil NGO. -Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here