Kalau Amanah kerjasama dengan saya siapa lagi saya nak gelak? – Najib

0
2

DATUK Seri Najib Razak secara sinis berkata sekiranya Parti Amanah Negara (Amanah) bekerjasama dengannya siapa lagi beliau mahu ‘gelak’ .

Bekas Perdana Menteri itu berkata, beliau tidak pernah berniat atau meminta untuk bekerjasama dengan Amanah.

“Nasib baik parti Amanah tiba-tiba membuat pengumuman tidak mahu berkerjasama dengan saya walaupun saya tak pernah ada niat atau tidak pernah minta untuk kerjasama dengan mereka.

“Yang saya paling takut ialah parti Amanah tiba-tiba buat pengumuman mahu kerjasama dengan saya. Habis itu, siapa lagi saya nak gelak?,” katanya dalam hantaran di Facebook hari ini.

Semalam, Malaysianow melaporkan
Amanah memutuskan untuk menolak kerjasama dengan Najib.

Amanah menjelaskan parti itu menolak sebarang kerjasama dengan pemimpin-pemimpin Umno terkait rasuah.

Keputusan itu dilihat akan menggagalkan rancangan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menjadi perdana menteri.

“Kita menolak untuk bekerjasama dengan ‘kleptokrat’ dan ‘penyamun’,” kata seorang pemimpin parti itu.

Dalam pada itu, Najib berkata beliau tidak menyangka komennya dalam hantaran membabitkan isu sama di Facebook mendapat banyak tanda suka.

“Tak sangka komen saya (bukan post) boleh dapat likes cecah 11.5k dengan lebih 1,000 balasan selepas 5 jam,” katanya -Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here