Salleh Keruak dilantik Pengerusi Kelab Penyokong GRS

0
2
KUALA LUMPUR, 20 Jun -- Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Mohd Salleh Said Keruak pada sidang media mengenai sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2016 di Angkasapuri hari ini.?Tema 'Sehati Sejiwa' pada sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2015, dikekalkan bagi tema sambutan pada tahun ini.?--fotoBERNAMA (2016) HAK CIPTA TERPELIHARA

AHLI Dewan Undangan Negeri (Adun) Usukan, Datuk Seri Salleh Said Keruak dilantik sebagai Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS).

Pemilihan beliau dibuat semasa Mesyuarat Pra-Majlis Adun-Adun GRS sebelum sesi sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah bermula di Kota Kinabalu semalam.

Sementara itu, Salleh menzahirkan ucapan terima kasih kepada Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor atas pelantikan itu.

“Ini merupakan satu amanat dan saya akan cuba melakukan yang terbaik dan berusaha menggalas tugas dan tanggungjawab sebagai pengerusi Kelab Backbenchers GRS,” katanya seperti dilaporkan Bernama.

Pada pilihan raya negeri baru-baru ini, Salleh yang juga bekas menteri komunikasi dan multimedia mencatatkan kemenangan selesa kerusi DUN Usukan dengan majoriti 4,298 undi. – Malaysiapost

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here